Selasa, 15 Oktober 2019

Akhirnya Writer Kahwin

Assalammualaikum , 

Alhamdulillah , bersua kita kembali 
Selama aku mendiamkan diri dari zaman blogger . Akhirnya aku kembali untuk share cerita kebahagiaan aku . Yaa dulu zaman 2014 masih bujang dan masih muda hehe . Pada tanggal 13 januari 2019 . Aku selamat di ijabkabulkan & diwalikan bapa kandung aku sendiri . Alhamdulillah . bersyukur , now aku sudah pun bergelar seorang isteri . Tambahan pula , orang yg aku kahwin adalah orang yg aku cintai . weh 7 tahun aku berkawan tau . HAHA . Yaaaa , mmg bagi org akan kata lama . bagi aku 7 tahun tu mcm proses kenal . Pejam celik pejam celik mcm sekejap je . Hehee . Dari seorang lelaki yg kurus sampai ler sihat walafiat dah . AHAHA . dari kenal kurus sampai la ni aku taktahu la kenapa lelaki aku mengembang dgn jaya nya . Bahagia mungkin . Takpela biar laa dia jadi apa sekali apa pun .Aku  tetap dalam hati ni untuk husband ku . uewwwww . haha

Congrats dgn diri sendiri sbb kahwin dengan lelaki pertama yg aku cinta . Doakan perkahwinan aku berkekalan hingga ke syurga & paling penting doakan  aku di kurniakan rezeki anak anak yg soleh & solehah . Amin 

Jumaat, 10 April 2015

Sakit sakit

Rakit rakit duluan
Selam selam kemudian 
– kata kau

Sakit sakit duluan
Senang senang kemudian
– kata kau

Tapi pernah kau tanya ; sakit aku soal apa?
Pernah kau selak ; selam aku nak kemana?

 Kau ada peduli apa rasa?


Andai belum kau sakit sakit seperti aku ,
Andai belum kau selam selam duka telan
luah tak kena seperti aku ,

Usah kencang disini ,
Kau? boleh pergi mati sana 



kisahdarisyurga(tumblr)

Rabu, 8 April 2015

Manusia

Manusia kalau bercakap pasal orang punya kencang walau tidak bersuara.
Bercerita penuh lancang walau tidak benar punya cerita.
Mencanang merata rata.
Gagah bercerita aib orang sini sana.

Bila terkena batang hidungnya.
Terduduk tak terkata.
Menangis meraung sini sana.

Saat itu baru kau rasa.
Apa yang pernah kau cerita.
Kini kau tanggung derita nya.

Aib orang.
Fitnah orang.
Jangan di bawa suka suka.

Salah guna padah lah jawapnya.
                   
— (via kakpijah)

Khamis, 2 April 2015

Malam Graduation Peneraju Iltizam Animasi


Geng rumah F-G-22


Dari kiri syazrin(kak syaz), faiz , aku , and Meera


Jejaka tampan "laa sangat" animasi 






Semoga dapat kerja yang bagus . Semoga semua berjaya .
Aku doakan korang semua . Amin .




sincerly,
_ntahiraa

2D ANIMATION







artwork selama 6bulan "2D animation "




sincerly,
_ntahiraa

Rabu, 1 April 2015

SAHABAT

ASSALAMMUALAIKUM 

Alhamdulillah aku masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ini .
Dan alhamdulillah ka hadrat ilahi aku telah pun tamatkan kursus selama 6bulan "KURSUS PENERAJU ILTIZAM ANIMASI  "di Damansara Perdana .


Yaa, .sebelum ni aku memang terpaksa masuk kursus tersebut disebabkan family . 
Sepanjang aku kat sana macam  macam suka duka yang aku lalui . 
Perit memang perit tambahan lagi , aku berkursus pun di company ayah sedara sendiri. 
Selama 6bulan tuh jugak aku rahsia siapa  aku dengan ayah sedara aku sebab? 
aku tak nak orang akan fikir negatif tentang diri aku . Terutama rakan rakan aku,
aku taknak diorang fikir aku guna orang dalam sebab aku nak join kursus tersebut .
Banyak perkara yang aku terpaksa rahsia kan .

Kursus ni pun bukan dari minat aku . Tapi aku tetap usaha bersungguh sungguh yang aku pun boleh 
berjaya macam orang lain .
Bak kata orang Ilmu jangan di tolak kan?
so aku gagahkan diri aku terima dengan sepenuh hati aku .
Alhamdulillah aku dapat terima dengan baik .

Ada satu ketika aku pernah rasa down sangat sangat .
Waktu tu semangat aku hilang disebabkan seseorang .
Aku rasa berputus asa dan aku harap time tu jugak aku nak berhenti dari kursus tu.


Nasib ada insan yang selalu menyokong aku waktu aku susah senang,sedih ,duka.





Ini lah insannya . SYAZRIN nama diberi .

dia lah akak dan dia lah jugak kawan rapat aku sepanjang kursus 6bulan
Segala cerita aku luah kat dia . 
Sedih ? Gembira ? Gelak tawa ? tetap share dengan dia .



Dan tak kurang jugak yang sentiasa support aku dari belakang "kak iqin "
dia always bagi semangat kat aku .
Thank kak Iqin . Jasa akak takterbalas . 
Bamyak sangat akak dah tolong .

Alhamdulillah , Aku dipertemukan dua insan yang sentiasa 
support aku dari belakang .
Alhamdulillah .

Semoga suatu hari nanti aku dapat balas jasa mereka . Amin






sincerly,
_ntahiraa







Sabtu, 12 Julai 2014

Cantik

Senang jadi orang cantik ni .

mulut macam anjing pun ,
masih ada orang suka .
masih ada orang sayang .
sebab apa ?

sebab kau cantik .

Nak jadi baik mudah je.
Nak jadi cantik tu susah .
TAPI kalau baik tapi hodoh
belum tentu ada orang pandang kau ---


sumber : tumblr


nota otak panas : aah memang sekarang pandang paras rupa .
                          tak kesah sekarang kau ada sikap kesialan , tapi dgn
                           adanya muka kau yang cantik tu orang tetap mengekori kau